Tuesday, July 8, 2014

Imanku lemah.

Bersedih atas apa yang menimpa di bumi Gaza di mana ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman rejim zionis laknatullah. Terkadang aku terfikir, apa sumbangan yang aku dapat lakukan? Saudara seIslamku ditindas begitu rupa. Kenapa aku hanya berdiam saja? Ya Allah! Hinanya terasa diri ini. 

Doa.. Doaku sentiasa mengiringimu wahai Pejuang-Pejuang Agama Allah. Tidak putus Doa ku kepadamu Ya Allah. "Limpahkanlah rahmat kepada umat Islam di BumiMu Ya Allah. Berikanlah kemenangan kepada pejuang Islam yang berjuang menegakkan Kebenaran. Bantulah mereka yang menegakkan AgamaMu. Kuatkanlah Iman di dada mereka." 

Tangisan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Anak-anak kecil kehilangan tempat bergantung. Yatim. Yatim Piatu.. Ya, pada mata kita, mereka tidak punya apa-apa. Tapi percayalah, hati mereka sungguh kuat berbanding kita. Di bulan Ramadhan yang tersangat mulia ini, mereka bersahur dan berbuka dengan dentuman bom. Aku tak dapat bayangkan jika aku berada di tempat mereka. Ya Allah.. lemahnya aku. 

Di Malaysia? Ya, kita dikaburi.. Dikaburi? Dikaburi apa? Kabus? Jerebu? Tidak! Kita semua dikaburi dengan media. Media yang hampir keseluruhannya hanya tertumpu kepada WORLD CUP. Kita sedar tak apa yang terjadi di bumi Gaza sana? Apa yang terjadi dengan rakyat Palestin sana? Sedar tak? Fikirlah.. 

Wahai pejuang Islam yang Syahid di jalan Allah..
Tenanglah kamu.. 
Syurga menantimu. 

#Aman Palestin 
#Pray for GAZA 

ilmi.












No comments: